TAKLIMAT HAIWAN MERAYAU BAGI PASUKAN PENGUATKUASA DAN PENYERTAAN WAKIL SETIAP DUN

TAKLIMAT HAIWAN MERAYAU BAGI PASUKAN PENGUATKUASA DAN PENYERTAAN WAKIL SETIAP DUN

 
Majlis Daerah Besut | 31 Disember 2025 | Rabu
Satu Taklimat Penguatkuasaan Haiwan Merayau telah diadakan dengan penglibatan pasukan penguat kuasa Majlis Daerah Besut (MDB) serta penyertaan wakil bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan penjelasan berkaitan pelaksanaan Operasi Penangkapan Haiwan Merayau yang akan dilaksanakan bermula Januari 2026, selaras dengan Akta Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Besut) 1988.
Melalui taklimat ini, penyelarasan tugas, peranan serta kaedah pelaksanaan operasi telah diperincikan bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berkesan dan menyeluruh.
Diharapkan taklimat ini dapat memperkukuhkan kerjasama antara semua pihak terlibat demi menjaga keselamatan awam, kebajikan haiwan serta kesejahteraan masyarakat setempat.
 
00929844
  • Kemaskini : Khamis, 08 Januari 2026 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi