SUASANA AWAL TAHUN BAHARU 2026 BAGI PENGURUSAN LESEN
Suasana awal tahun menyaksikan kehadiran yang semakin ramai pemohon hadir bagi urusan pembaharuan lesen perniagaan serta permohonan lesen Bazar Ramadan di Majlis Daerah Besut.
Hari ini, jumlah kehadiran pemohon dilihat semakin meningkat, mencerminkan kesungguhan para peniaga dalam membuat persiapan awal bagi menjalankan perniagaan pada tahun 2026.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama dan kesabaran semua pemohon.
Majlis Daerah Besut komited untuk memastikan proses penyampaian perkhidmatan berjalan lancar demi memudahkan urusan para peniaga.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan rezeki tahun ini diberkati.














