PROGRAM TRANSFORMASI PERSEKITARAN DI PANTAI BENTING LINTANG
13 Jun 2026 | Pantai Benting Lintang
Program Transformasi Persekitaran di Pantai Benting Lintang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama strategik antaranya Agensi Kerajaan, JPKK, Geng Plastik Ija, Institusi Pengajian Tinggi, sekolah dan komuniti setempat. . Gotong royong selama 1 jam telah berjaya membersihkan 286kg sisa yang bertebaran disetiap persisir pantai
Program yang telah dirasmikan oleh YB Hj Mohd Nurkhuzaini Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau merangkap ADUN Kota Putera ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan bagi memastikan kawasan pantai sentiasa bersih, terpelihara dan menjadi warisan yang dapat dinikmati oleh generasi akan datang.






































