PROGRAM TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY 2025 (TSCA.25)
Majlis Daerah Besut telah menyertai Program Terengganu Smart City Activation Day 2025 (TSCA.25) yang berlangsung pada 14 Oktober 2025, bertempat di The Langit Marina Resort, Kuala Terengganu.
Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang program, termasuk pameran daripada pihak berkuasa tempatan, vendor pintar, sesi perbentangan serta dialog pintar yang memfokuskan kepada pembangunan bandar pintar di Negeri Terengganu.
Program yang sepatutnya disempurnakan oleh YAB MB telah diwakilkan kepada YB Dato' Haji Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan & Kesihatan Negeri Terengganu bersama Tuan Setiausaha Majlis Daerah Besut, Che Ab Razak bin Che Wel yang turut melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Besut 2030.
Semoga inisiatif ini menjadi langkah penting ke arah pembangunan bandar pintar yang lebih mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada rakyat di Daerah Besut.