PROGRAM PENYATUAN SIMPANAN & PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM PROGRAM TAKAFUL KHAS PENJAWAT AWAM CUEPACSCARE & CUEPACS PA (EMPLOYEE BENEFIT)
Majlis Daerah Besut hari ini telah melaksanakan dua program utama, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, melibatkan penyertaan warga kerja MDB.
Program pertama, Penyatuan Simpanan & Pengurusan Kewangan Islam, menekankan kepentingan merancang kewangan secara berhemah, patuh Syariah dan berstrategi dalam menghadapi komitmen kewangan semasa.
Program kedua pula melibatkan taklimat Takaful Khas Penjawat Awam CUEPACSCARE dan CUEPACS PA, yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif Employee Benefit bagi memberikan perlindungan takaful yang lebih menyeluruh kepada penjawat awam.
Semoga kedua-dua program ini memberi manfaat besar kepada warga kerja MDB dalam meningkatkan literasi kewangan serta memahami pilihan perlindungan takaful yang ditawarkan.
















