PROGRAM LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU KE DAERAH BESUT

PROGRAM LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU KE DAERAH BESUT

Pada 9 Mei 2026, YB Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham bersama delegasi telah mengadakan Program Lawatan Kerja ke Daerah Besut bermula perjalanan ke Pulau Perhentian.

 

Sepanjang lawatan tersebut, beliau diberikan taklimat berkaitan kerosakan serta cadangan kerja-kerja pembaikan Masjid Pulau Perhentian dan Teluk Keke. YB Setiausaha Kerajaan Terengganu turut meninjau sendiri keadaan kedua-dua kawasan berkenaan sambil mendengar penerangan lanjut daripada jabatan dan agensi terlibat bagi memastikan aspek keselamatan, keselesaan serta kemudahan kepada penduduk dan pelancong terus diberi perhatian.

 

Pada hari kedua, YB Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama rombongan terus ke Pejabat Daerah Dan Tanah Besut untuk menghadiri Taklimat Pembangunan Daerah Besut yang disampaikan oleh YBrs. En. Ahmad Rizal bin Mamat, Pegawai Daerah Besut.

 

Lawatan kerja tersebut ditutup tirai dengan Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama Penjawat Awam Daerah Besut yang berlangsung di Dewan Merdeka, Kota Putera Square. Ketibaan beliau disambut meriah dengan persembahan Rebana Ubi oleh Majlis Kebudayaan Daerah Besut sebelum ucaptama disampaikan kepada para penjawat awam.

00953150
  • Kemaskini : Selasa, 12 Mei 2026 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi