NOTIS MEMULAKAN KERJA-KERJA PENILAIAN SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 137 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)
PEMBERITAHUAN RASMI
Majlis Daerah Besut ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian semula pegangan persendirian di bawah Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan dilaksanakan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut.
Tempoh pelaksanaan:
1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027
Sehubungan itu, kerjasama sepenuhnya daripada pemilik harta adalah amat dihargai bagi melancarkan urusan pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

