MESYUARAT JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI TERENGGANU KALI KEDUA TAHUN 2025
Besut, 30 Oktober 2025 (Khamis) –
Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu Kali Kedua Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Gerakan Majlis Daerah Besut, yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan isu serta hal ehwal berkaitan pentadbiran kerajaan tempatan dan pembangunan perumahan di seluruh negeri Terengganu.Turut dibincangkan ialah langkah-langkah memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.





















