MAKLUMAN PENUTUPAN TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA BESUT SEMPENA MUSIM MONSUN TIMUR LAUT
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa musim Monsun Timur Laut dijangka akan bermula pada awal November setiap tahun dan akan berakhir pada awal Mac tahun berikutnya. Oleh yang demikian adalah dimaklumkan bahawa operasi menaiki dan menurunkan penumpang ke Pulau Perhentian di Jeti Penumpang Kuala Besut akan dihentikan sementara bermula pada 01 November 2025 hingga 28 Februari 2026.
Walau bagaimanapun, permohonan belayar bagi bot-bot penduduk tempatan dan bot yang ingin membawa penumpang/pelancong perlu memaklumkan lebih awal kepada pihak kami bagi dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan atau kecemasan dan ianya juga bergantung kepada laporan cuaca semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihatkan kepada semua pengusaha agar berwaspada dan sentiasa prihatin terhadap amaran kaji cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dari semasa ke semasa.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan terhadap perkara di atas amatlah dihargai.

