MAJLIS SERAHAN LAPORAN BRIEF PROJEK (BP), PELAN TINDAKAN KHAS (PTK) DAN LAPORAN CADANGAN PROJEK (LCP) RKK SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Pada majlis tersebut Tuan YDP Majlis Daerah Besut telah menyerahkan laporan kepada Yang Berhormat Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2025 Peringkat Negeri Terengganu pada 27 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Elysium, Level 3 Menara Utara, KTCC Drawbridge, Kuala Terengganu.
Majlis ini merupakan salah satu usaha ke arah memperkukuh perancangan bandar yang mampan serta memperkasakan pembangunan negeri Terengganu ke arah kemajuan yang berdaya huni, berdaya saing dan sejahtera.







