MAJLIS PERASMIAN BAZAR RAMADAN DAN KEMPEN KESIHATAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
Bertempat di Bazar Ramadan Kampung Raja, majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan kemeriahan Ramadan, malah turut memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan sepanjang bulan puasa.
Semoga penganjuran ini memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung serta memperkukuh ukhuwah dalam komuniti.









