MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS DAERAH BESUT JUN 2026 - MEI 2028

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS DAERAH BESUT JUN 2026 - MEI 2028

Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu bagi Majlis Daerah Besut (MDB) untuk penggal Jun 2026 - Mei 2028.

Ahli Majlis yang baharu dilantik telah mengangkat sumpah jawatan sebagai simbol kesediaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab dalam memperkukuhkan tadbir urus serta memacu pembangunan daerah Besut demi kesejahteraan rakyat.

Pelantikan ini merupakan satu kepercayaan besar yang menuntut komitmen, integriti dan kesungguhan dalam menyantuni keperluan masyarakat serta membantu menjayakan agenda pembangunan di peringkat tempatan.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah menerima pelantikan. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan, khususnya dalam membantu menyelesaikan isu-isu rakyat, memperkasa pembangunan komuniti serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Besut.

Semoga semangat kerjasama antara Ahli Majlis, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat terus diperkukuhkan demi merealisasikan pembangunan yang mampan, sejahtera dan diberkati.

00958534
  • Kemaskini : Rabu, 10 Jun 2026 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi