MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU DAN PERJUMPAAN TUAN YDP BERSAMA KAKITANGAN
Isnin | 5 Januari 2026 - Majlis Amanat Tahun Baharu & Perjumpaan Tuan Yang Dipertua Bersama Kakitangan
Majlis Daerah Besut
Dalam majlis ini, Tuan Yang Dipertua telah menyampaikan amanat yang menekankan komitmen berterusan terhadap tadbir urus yang baik, kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta tanggungjawab bersama dalam mendukung aspirasi pembangunan daerah Besut selaras dengan Visi dan Misi MDB yang baharu.
Majlis turut diserikan dengan Bacaan Ikrar Integriti serta penandatanganan Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh kakitangan MDB sebagai simbol iltizam dan tanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan maklumat rasmi, mengamalkan etika kerja yang tinggi serta mengekalkan tahap profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.
Semoga majlis ini menjadi pemangkin semangat dan azam baharu kepada seluruh kakitangan MDB untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan mampan daerah Besut.























