LAWATAN PENANDA ARAS KE MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA (MBSJ)
5 November 2025 | Rabu | Subang Jaya - Majlis Daerah Besut telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Subang Jaya bagi tujuan perkongsian maklumat dan penambahbaikan berkaitan aspek pengurusan lesen perniagaan, pengurusan dari aspek penguatkuasaan dan membina hubungan strategik antara jabatan.
Delegasi seramai 29 orang staf Majlis Daerah Besut ini telah diketuai oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Encik Mohamad Ridwan Bin Mohd Nor dan diringi Tuan Setiausaha, Encik Che Ab Razak Bin Che Wel serta staf Unit Kuatkuasa.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada MBSJ di atas sambutan yang mesra dan layanan yang baik sepanjang lawatan penanda aras ini. Kunjungan ini bukan sahaja memberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan antara kedua belah pihak.
Sampai jumpa lagi dan selamat maju jaya!




















