KEMPEN MEMBASMI WABAK DENGGI 2025
Tarikh: 26 Julai 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Futsal, RAKR Pengkalan Nyireh
Majlis Daerah Besut dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Besut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) RAKR Pengkalan Nyireh telah menganjurkan Program Gotong-Royong Mega sempena Kempen Membasmi Wabak Denggi 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh:
YBhg. Tuan Haji Adam bin Mat Said,
Ahli Majlis, Majlis Daerah Besut.
Kempen ini bertujuan untuk:
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk mengenai bahaya wabak denggi dan cara-cara pencegahannya.
Menggalakkan amalan kebersihan persekitaran melalui aktiviti gotong-royong membuang tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Membentuk komuniti sihat dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman secara berterusan.
Menyampaikan maklumat terkini berkaitan tanda-tanda jangkitan denggi serta langkah awal yang perlu diambil sekiranya dijangkiti.
Mengukuhkan kerjasama antara pihak berkuasa, penduduk dan agensi berkaitan dalam membasmi wabak denggi secara menyeluruh.
Gotong royong ini turut dihadiri oleh ahli majlis, ketua ketua jabatan serta kakitangan Majlis dan juga penduduk setempat demi kesejahteraan komuniti yang lebih bersih, sihat dan bebas denggi.
Bersama Cegah Denggi, Bersama Jaga Komuniti!