HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA KPKT 2025

HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA KPKT 2025

Sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2025, Majlis Daerah Besut telah menerima Pengiktirafan PBT Cemerlang (5 Bintang) melalui penarafan bintang audit teknikal (PBAT) perkhidmatan kesihatan persekitaran 2025.
 
Pengiktirafan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti kawalan penyakit vektor dan perosak termasuk nyamuk dan tikus, pengurusan bahan kimia, pemantauan pusat penyembelihan, pasar serta kawalan haiwan terbiar. Ia juga meliputi pengurusan kebersihan tandas awam, pengauditan star rating, aktiviti sanitasi dan disinfeksi, kawalan serta keselamatan makanan, dan turut disokong dengan pelaksanaan program gotong-royong bersama komuniti.
 
Anugerah ini merupakan bukti komitmen dan usaha berterusan MDB dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kesejahteraan komuniti di daerah Besut. Terima kasih kepada semua warga kerja MDB atas dedikasi yang tinggi, serta masyarakat Besut yang sentiasa menjadi nadi kekuatan kejayaan ini.
 
00914880
  • Kemaskini : Khamis, 16 Oktober 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi