MENU
HARI PENGUMPULAN E-WASTE BAGI WARGA BESUT
Apa itu E-Waste?
E-waste adalah peralatan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi dan tidak diperlukan.
Kesan kandungan sisa elektronik terhadap kesihatan adalah seperti plumbum yang boleh mengakibatkan perkembangan otak terjejas, Berilium yang mana boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penyakit kulit, Kadmium yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati serta kerosakan saraf dan lain-lain.
Sistem pengurusan E-waste yang sempurna selain dapat menjamin tahap kesihatan manusia, ia juga dapat memelihara bumi daripada pencemaran dan ianya mengandungi logam berharga yang mempunyai nilai kitar semula yang tinggi yang boleh menjana ekonomi negara.
Orang ramai yang mempunyai peralatan elektrik dan elektronik yang tidak terpakai bolehlah buat pengumpulan semasa program ini diadakan sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh: 05 Februari 2022
Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Tempat: Dewan Terbuka Gong Kemuntong