MENU
 
Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja memulakan hari pertama tugasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (17 Oktober 2021).
 
Beliau yang mengenakan sut hitam bertali leher merah tiba sambil diiringi pegawai kanan kerajaan mengimbas jari untuk memasuki pejabatnya.
 
Kehadiran beliau turut disambut dan diraikan pegawai-pegawai serta kakitangan pejabat berkenaan.