MENU

SISTEM PENGURUSAN KUALITI
MS ISO 9001 : 2008
(Majlis Daerah Besut )

LATAR BELAKANG
Pelaksanaan Standard MS ISO 9001 : 2008 di Majlis Daerah Besut adalah bagi mematuhi Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 yang dikeluarkan oleh MAMPU.Pengenalan standard MS ISO 9001 : 2008 adalah untuk mewujud dan melaksana sistem kualiti yang cekap dan berkesan untuk kepuasan pelanggan.

KEPENTINGAN ISO
Mencapai kualiti perkhidmatan yang konsisten berdasarkan keperluan antarabangsa
Mempraktikkan pengalaman budaya kerja yang teratur dan sistematik
Menjamin penambahbaikan serta kepuasan kepada pelanggan
Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai organisasi yang diurus dengan baik

VISI
"Menjadikan BESUT sebuah perbandaran yang cemerlang, dinamik dan sejahtera berasaskan pelancongan"

MISI
"Komited dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap,mesra dan berkualiti melalui penggemblengan tenaga  dan sumber secara optimum"

SKOP PENSIJILAN
Pelaksanann pensijilan MS ISO 9001 : 2008 di MDB adalah di bawah skop : Kawalan Pembangunan,Kawalan Perniagaan,Penilaian dan Pengurusan Harta serta Penyelenggaraan Infrastruktur  dan Kemudahan Awam.

KEPERLUAN STANDARD  MS ISO 9001 : 2008

KLAUSA  4  :  SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KLAUSA  5  :  TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
KLAUSA  6  :  PENGURUSAN SUMBER
KLAUSA  7  :  REALITI PRODUK / PERKHIDMATAN
KLAUSA  8  :  PENGUKURAN , ANALISA DAN PENAMBAHBAIKAN

POLISI KUALITI MDB
"Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik,cekap dan berkualiti dengan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 :2008 serta sentiasa berusaha mempertingkatkan lagi sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan demi mencapai kehendak stakeholder dan kepuasan pelanggan"

Pengurusan atasan MDB hendaklah memastikan Polisi  Kualiti sentiasa :

  • Bersesuaian dengan MISI dan VISI MDB;
  • Dihayati dan difahami oleh semua kakitangan MDB;
  • Polisi kualiti dikawal dan dikaji semula untuk menjaminkan kesesuaiannya yang berterusan ;dan
  • Menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif Kualiti

DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Dokumen SPK perlu mengandungi :

  • Penyataan Polisi Kualiti dan Objektif Kualiti MDB;
  • Manual Kualiti;
  • Prosedur Kualiti yang didokumenkan mengikut keperluan standard
  • Dokumen-dokumen sokongan yang membantu perjalanan proses dengan berkesan;
  • Rekod-rekod kualiti yang diperlukan oleh standard