Latar Belakang

Pada 18hb. Julai 1996 melalui Warta Kerajaan N0. 908 kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut diperluaskan menjadikan luas keseluruhan kawasan Majlis berjumlah 123, 367.80 km persegi. Terdapat 3 buah bandar utama dan 4 buah pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Besut. Bandar-bandar tersebut ialah Jerteh, Kampong Raja dan Kuala Besut, manakala pusat petempatan pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor Lintah.

Dalam konteks Negeri Terengganu, dan mengikut kajian Rancangan Struktur Negeri Terengganu, Daerah Besut berperanan sebagai pusat daerah bagi wilayah utara Negeri Terengganu. Bandar Jertih akan menjadi bandar utama bagi wilayah utara negeri. Fokus akan diberikan kepada pembangunan industri asas tani dan khidmat pelancongan serta kawasan Agropolis iaitu pusat pengumpulan dan pemasaran hasil tani.

Daerah Besut akan menjadi pusat pendidikan tinggi bagi Negeri Terengganu dengan cadangan pembinaan Universiti Darul Iman dan Taman Ilmu di Tembila. Aktiviti pertanian merupakan penjana utama ekonomi Daerah Besut terutama di kawasan KETARA dan diikuti aktiviti perkhidmatan dan pelancongan.

Daerah Besut merupakan kawasan pengeluar utama bagi padi, kelapa sawit, tembakau dan buah-buahan bagi Negeri Terengganu. Keluasan tanaman padi mewakili hampir 75 peratus daripada keluasan tanaman padi bagi Negeri Terengganu. Ini menjadikan ia sebagai kawasan tanaman makanan negara yang perlu dikawal dan dipelihara.

Selain itu, kelapa sawit juga mencatat keluasan tanaman tertinggi dengan 88,302 hektar berbanding daerah Kemaman dengan 84,388 hektar. Kedua-dua daerah ini adalah merupakan kawasan tanaman kelapa sawit utama bagi Negeri Terengganu.

Selain pertanian, Besut juga terkenal dengan aktiviti pelancongan iaitu aset utamanya iaitu Pulau Perhentian. Kuala Besut merupakan jeti utama untuk ke Pulau Perhentian dan ia merupakan pusat pelancongan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan Daerah Besut masa depan.

Melalui Bancian 2020, bilangan penduduk dalam kawasan Majlis pada tahun 2020 adalah seramai 154, 168 orang atau 55% daripada keseluruhan penduduk Daerah Besut dan terdiri daripada 95% Melayu, 4% China dan 1% lain-lain Bangsa.

00787506
  • Kemaskini : Ahad, 10 Disember 2023 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY